Kiriman pada: Mon, Feb 22nd, 2016

Ekovest Berhad Komited Utamakan 60% Kontraktor Tempatan

Kongsi maklumat ini
Tags

dgjetyKuala Lumpur – Ekovest Berhad komited memberi keutamaan kepada sekurang-kurangnya 60 % kontraktor tempatan, dalam pembinaan projek Setiawangsa-Pantai Expressway S-P-E.

Pada masa sama, syarikat itu mahu memberi peluang kerjaya dan latihan sambil bekerja kepada graduan muda negara dalam bidang kejuruteraan dan seni bina, melalui Program Latihan Siswazahnya.

Menurut Pengarah Urusannya Datuk Lim Keng Cheng , ia sebahagian daripada tanggungjawab korporat kumpulan dalam perjanjian konsesi sepanjang tempoh 53 tahun 6 bulan.

Ekovest Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, Lebuhraya DUKE Fasa 3 Sdn. Bhd baru-baru ini, menandatangani perjanjian konsesi dengan kerajaan bagi pembinaan Setiawangsa-Pantai Expressway S-P-E.

Projek bernilai RM3.74 bilion itu bagi mereka bentuk, membangun, mengendali, mengurus dan menyelenggara lebuh raya tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai DUKE Fasa 3.

Kos pembinaan projek dijangka dibiayai menerusi gabungan dana dalaman, pinjaman dan aktiviti pengumpulan dana yang lain.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.