Kiriman pada: Mon, Feb 15th, 2016

EKSPORT PRODUK HALAL DIUNJUR BERKEMBANG KIRA-KIRA 3% TAHUN INI

Kongsi maklumat ini
Tags

xfghjrkfjlKuala Lumpur – Eksport produk halal diunjur berkembang kira-kira 3% tahun ini menjadi 50 bilion ringgit berbanding 42 bilion ringgit yang dicatatkan tahun lalu.

Bagi mencapai sasaran itu, usahawan India turut disaran menyumbang, sekaligus memastikan kelangsungan Malaysia sebagai pemain utama dalam hab halal dunia.

Sebelum ini, syarikat India yang berdaftar dengan Halal Industry Development Corporation (HDC) adalah kurang 1 peratus daripada keseluruhan 5,500 syarikat yang berdaftar dengan HDC.

Bagaimanapun, selepas Sekretariat Khas Untuk Memerkasa Usahawan India (SEED) menjalankan kerjasama dengan JAKIM, nilai perbezaan penyertaan kaum itu berjaya dipertingkat sehingga 40%.

Ini diikuti dengan pertambahan sebanyak 15 lagi syarikat, menjadikan keseluruhan yang berdaftar dengan HDC, 54 syarikat setakat ini.

Daripada jumlah itu, 70% daripada syarikat India tersebut terlibat dengan sektor makanan.

Datuk Dr. A. T Kumararajah menghadiri Seminar Halal untuk usahawan India yang dihadiri 320 usahawan India dari seluruh negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.