Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

Elak tabiat meniru, Universiti Kyoto larang penggunaan jam tangan di dewan peperiksaan

Kongsi maklumat ini
Tags

toko-jam-tanganUNIVERSITI di seluruh dunia kini sedang berusaha menyekat penggunaan jam tangan di dewan peperiksaan bagi mengelakkan gejala meniru.

Universiti Kyoto di Jepun merupakan pusat pengajian yang terbaru untuk menguatkuasa larangan itu berikutan tindakan pelajar yang menggunakan jam tangan sebagai fungsi kalkulator serta berkomunikasi dengan rakan-rakan lain.

Menurut The Verge, Universiti Kyoto merupakan pusat pengajian Jepun yang pertama untuk menguatkuasa peraturan tersebut, walaupun sekolah-sekolah antarabangsa seperti di Australia dan England sudah lama mempratik larangan tersebut.

Oleh kerana beberapa jam tangan pintar tampil dalam bentuk penyamaran jam tangan biasa, sekolah berkenaan mengambil tindakan yang adil di mana, semua jenis jam tangan dilarang dibawa masuk ke dewan peperiksaan.

Di sebaliknya, pelajar boleh menggunakan jam dinding kelas untuk rujukan masa.

Menurut The Verge, Universiti Kyoto pernah berhadapan dengan satu skandal meniru pada tahun 2011, apabila seorang pelajar lelaki mengeluarkan soalan peperiksaan secara terbuka di atas talian menerusi telefon bimbitnya ketika peperiksaan.
Dia kemudian mengumpul jawapan daripada pembaca atas talian.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.