Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

Elemen Pendidikan Akan Dikemaskini

Kongsi maklumat ini
Tags

tltuKUCHING – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beberapa elemen dalam sistem pendidikan negara perlu diperkemaskinikan.

Beliau bersependapat dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem agar Sarawak diberikan penurunan lebih kuasa banyak dalam hal-hal pendidikan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pendidikan, Mahdzir berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan ketua menteri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu, Mahdzir berkata terdapat 390 sekolah menengah dan rendah di negeri ini yang masih menggunakan janakuasa elektrik (generator set) termasuk 114 berhampiran grid tenaga yang akan disalurkan bekalan elektrik.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.