Kiriman pada: Mon, Aug 10th, 2015

Empat Anggota Kumpulan Tandop Curi Motosikal Diberkas Polis

Kongsi maklumat ini
Tags

SUPT AZAHAR MUDAKangar – Empat anggota kumpulan ‘Tandop’ yang disyaki terbabit dalam 10 kes kecurian motosikal di Kangar dan Arau diberkas oleh pasukan Petugas Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perlis.

Ketua JSJ Perlis, Supritendan Azhar Muda berkata polis menemukan enam motosikal curi bernilai kira-kira RM36,000 hasil penangkapan mereka bulan lepas.

Menurut Azhar dua suspek pertama dari Arau dan Kangar diberkas pada 15 Julai yang membawa kepada penangkapan dua lagi suspek di Arau pada 27 Julai lepas.

Katanya dua anggota kumpulan itu yang berumur 26 dan 28 tahun adalah penagih dadah, mempunyai rekod jenayah lampau manakala dua lagi berumur 17 dan 21 tahun negatif dadah.

Seorang lagi anggota kumpulan itu yang dipanggil ‘Pon Ayam’ masih bebas, dan sedang diburu oleh polis bagi membantu siasatan, kata Azhar pada sidang media di ibu pejabat kontinjen Perlis.

Kumpulan Tandop itu mengaku mencuri 10 buah motosikal pada waktu malam di kediaman mangsa mereka di Arau dan Kangar antara Mei hingga bulan lepas, tambahnya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.