Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

EMPAT INDIVIDU DITAHAN REMAN EMPAT HARI BANTU SIASATAN KES PERLOMBONGAN BAUKSIT

Kongsi maklumat ini
Tags

bauksitPutrajaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah reman selama empat hari untuk menahan reman empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang.

Majistret Eric Lau mengeluarkan perintah reman itu terhadap empat individu termasuk seorang wanita yang dikatakan seorang pekerja di sebuah syarikat perlombongan, bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Tiga individu lain adalah seorang ahli perniagaan yang juga merupakan bekas pegawai kanan di Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang, seorang peguam dan seorang pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang.

Mereka berusia antara 34 tahun sehingga 42 tahun ditahan semalam di ibu negara dan di Kuantan, Pahang.

Menurut peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili ahli perniagaan dan peguam itu, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM berhubung dakwaan menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.