Kiriman pada: Sun, Mar 15th, 2015

Empat Juruterbang Tni Cedera Ringan Nahas Dua Pesawat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEINLangkawi – Empat juruterbang Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) yang terlibat dalam nahas dua pesawat semasa latihan pertunjukkan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’15) hanya mengalami cedera ringan.

Pakar Perunding dan Penasihat Perubatan Kecemasan LIMA’15, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata kesemua juruterbang terbabit sempat melentingkan diri keluar daripada kokpit pesawat sebelum kapal terbang terhempas.

“Ketika sedang melakukan latihan berlaku pelanggaran dan geseran antara dua pesawat sebelum terhempas namun Alhamdullilah semua juruterbang sempat melentingkan diri daripada kokpit pesawat dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Ketika lentingan daripada kokpit berlaku, juruterbang akan ditolak keluar bersama bersama kerusi yang diduduki mereka semasa penerbangan sebelum payung terjun dikembangkan.

Katanya kesemua juruterbang itu bagaimanapun tidak sedarkan diri selama beberapa ketika selepas melambung akibat dari henjutan ‘anti graviti’ dengan daya sekuat 11 hingga 12 G.

Beliau yang juga Ketua Unit Kecemsan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur berkata selepas melakukan pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan sejurus tiba di Unit Kecemasan Hospital Langkawi, kesemua juruterbang terbabit didapati hanya mengalami cedera ringan.

“Bagaimanapun kami akan menahan semua mangsa di wad terlebih dahulu bagi menjalankan rawatan psikologi kerana mereka juga mengalami kecederaan psikologikal selain kecederaan fizikal,” katanya.

Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team milik AU-TNI terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA ’15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pukul 2.04 petang tadi.

Nahas berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya bergeser di udara dan terhempas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.