Kiriman pada: Thu, Jul 9th, 2015

Empat Maut Lori Rempuh Treler

Kongsi maklumat ini
Tags

KEMALANGAN MAUTMuar – Empat orang dilaporkan maut setelah sebuah lori merempuh sebuah treler di Km 141, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar ke Pagoh awal pagi tadi.

Mangsa merupakan pemandu dan kelindan kedua-dua kenderaan tersebut, kata Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Pegawai Kanan II, Mohd Johar Tunin.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi apabila lori yang membawa daging dan jagung yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala Johor Baharu dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh treler berkenaan.

Kesemua mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing, katanya.

Kemalangan mengakibatkan kesesakan ekoran hanya satu lorong dibuka di laluan berkenaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.