Kiriman pada: Thu, Aug 27th, 2015

Empat Penjenayah Bersenjata Parang Larikan Wang RM100,000 Di Seri Kembangan

Kongsi maklumat ini
Tags

yoylKuala Lumpur – Empat penjenayah bersenjatakan dua parang melarikan wang tunai bernilai RM100,000 selepas menyamun kedai pengurup wang berlesen di Jalan Equine, Seri Kembangan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, dua suspek dikatakan menyamun kedai berkenaan manakala dua lagi menunggu di atas motosikal di luar premis tersebut.

“Semasa kejadian, dua suspek pada awalnya cuba mencabut cermin di kaunter tersebut, tetapi usaha mereka gagal sebelum suspek menendang pintu untuk masuk ke dalam premis dan melarikan wang tunai dalam pelbagai bentuk mata wang yang kesemuanya bernilai RM100,000.

“Siasatan awal polis mendapati premis terbabit yang baru beroperasi selama sebulan, tidak dilengkapi alat penggera keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV) dan jeriji keselamatan, selain tidak mempunyai pengawal keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya, mangsa, 26, yang merupakan penjaga premis itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Razimi berkata ketika kejadian, kesemua suspek memakai topi keledar yang dilengkapi cermin gelap bagi melindungi wajah mereka.

Sehubungan itu, polis akan melakukan tindakan susulan dengan menganalisis kamera CCTV yang terdapat di sebuah bank berhampiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata, katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.