Kiriman pada: Sun, Feb 12th, 2017

Empat Wakil Rakyat DAP Melaka Keluar Parti

Kongsi maklumat ini
Tags

Melaka – Empat wakil rakyat DAP hari ini mengumumkan keluar parti. Mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu Duyong, Goh Leong San, Lim Jak Wong (Bachang), dan Chin Choong Seong.

Mereka membuat pengumuman itu dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, mereka membuat keputusan itu selepas pertimbangan wajar dan tidak tergesa-gesa.

“Selepas pertimbangan wajar, serius, dan penuh kesal, kami hilang kepercayaan dan amat kecewa dengan anda (Lim Guan Eng) dan kepimpinan pusat dalam menangani isu dalaman dan luaran parti.

“Kami juga tidak boleh menerima pendirian yang diambil dalam penjajaran politik baharu yang dilakukan DAP kebelakangan ini,” kata mereka dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

Mereka turut melahirkan kekecewaan atas ketidaktentuan hala tuju parti yang lari daripada perjuangan asal.

Difahamkan, mereka tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain, sama ada di pihak kerajaan atau pihak pembangkang namun tidak menolak untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.