Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

ENAM WANITA THAILAND DITAHAN DI PUSAT URUT

Kongsi maklumat ini
Tags

hglAlor Setar – Enam wanita rakyat Thailand yang sedang sibuk melayan pelanggan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat urut di Taman Bandar Baru, Mergong di sini malam semalam.

Pengarah Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata dalam Op Ikrar pada 9.15 malam itu pihaknya telah melakukan serbuan di sebuah premis urut di taman berkenaan dan memeriksa 11 warga asing.

“Hasil pemeriksaan, enam wanita Thailand berumur antara 25 dan 38 tahun telah ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Mohamad Yusri berkata kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini sebelum dipindahkan ke Depoh Imigresen Belantik, Sik.

Sementara itu, pada hari yang sama seorang lelaki warga tempatan berumur 33 tahun ditahan pada pukul 7.15 malam kerana memiliki kad pengenalan palsu semasa pemeriksaan di laluan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

“Suspek memberi alasan dia ingin ke kedai bebas cukai namun pegawai yang menjalankan pemeriksaan mendapati kad pengenalan yang diberikan adalah palsu.

“Hasil siasatan, suspek mendakwa dirinya memiliki rekod jenayah lampau dan tidak lagi menggunakan kad pengenalan asalnya.

“Kad pengenalan palsu yang digunakannya telah dibeli dengan harga RM3,000 dan kes telah diserah kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.