Kiriman pada: Tue, Dec 8th, 2015

Entiti Politik & Entiti Kerajaan

Kongsi maklumat ini
Tags

anuAda orang berkata kenapa bukan Najib menjawab isu dana politik di dalam parlimen. Sebenarnya ramai orang berpura-pura bermain politik sedangkan dana politik atau sumbangan politik berlaku sejak sekian lama kepada mana-mana parti pun. Tidak kiralah siapa pun penyumbangnya, ianya tetap dikategori sebagai dana politik. Tujuannya mudah, untuk membiayai aktiviti-aktiviti politik semasa pilihanraya.
Tujuan mereka membangkitkan dalam parlimen hanyalah untuk memperbesar-besarkannya supaya isu tersebut tidak mati. Itu sahaja. Cuba lihat Tony Pua, berbulan-bulan dia menghentam 1MDB. Namun, selepas takut berdebat dengan Arul Kanda, cuba anda kira berapa hari Tony Pua tidak pernah lagi bercakap mengenai 1MDB! Kenapa?
Di dalam isu ini, Najib secara tidak langsung menunjuk kepada rakyat bahawa sebagai ketua adalah menjadi tugasnya untuk mencari dana politik untuk menghadapi pilihanraya.
Dalam hal ini juga, Najib berjaya mengasingkan di antara entiti Parti dan entiti Kerajaan. Parti adalah parti. Kerajaan adalah Kerajaan. Parti tidak boleh menggunakan dana Kerajaan kerana dana Kerajaan adalah untuk semua rakyat jelata. Sedangkan dana parti adalah untuk ahli parti sahaja.
Bolehkah anda mempercayai parti-parti lain tidak menerima dana politik?
Di Amerika Syarikat, jumlah dana politik kepada calon Presiden Amerika dari parti Demokrat dan Republikan diumumkan setiap masa. Mengapa mereka boleh mengumumkannya? Kerana politik mereka sangat matang.
Dalam catatan rasmi bertarikh 15 Oktober 2015 oleh Federal Election Commission, calon Presiden Amerika, Jeb Bush dari parti Republikan menerima donation dari luar sebanyak $103,222,384
Manakala, pesaing terdekatnya Hillary Clinton dari Demokrat menerima donation dari luar sebanyak $20,291,679
Di Malaysia, nampaknya parti-parti politik sangat takut mendedahkannya. Hanya Najib satu-satunya Presiden parti politik berani mengaku menerima dana politik. Sangat telus. Sebagai orang politik nombor satu negara, Najib tahu adalah menjadi risiko besar jika mengakuinya. Namun, Najib dengan berani dan tenang mengaku menerima dana politik.
Sekarang rakyat mahu tahu, beranikah presiden parti-parti politik yang lain lama atau baharu, mendedahkan jumlah dana yang mereka terima semasa menghadapi pilihanraya? Tidak kiralah RM1 juta kah, RM100 juta kah, RM1 Billion kah atau barangkali lebih besar daripada RM2.6 Billion!
Jadi kembali kepada isu pokok, siapakah yang sebenarnya Penakut?

 

WakeUp Malaya

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.