Kiriman pada: Thu, Apr 9th, 2015

Erra Fazira Tertekan Hubungan Dengan Bekas Suami

Kongsi maklumat ini
Tags

Erra-Fazira-Tertekan-Hubungan-Dengan-Bekas-Suami-Disalah-Anggap-ROTIKAYA-700x502Melihatkan kepada kemesraan pasangan ini ketika menyambut hari lahir anak mereka baru-baru ini, Erra Fazira mengakui sedikit tertekan apabila hubungan baiknya dengan bekas suami, Engku Emran disalah anggap sehingga ada yang mahu mereka kembali semula sebagai pasangan suami-isteri selepas bercerai.

“Saya akui ada sedikit tertekan bila apa yang kami lakukan disalah anggap oleh segelintir masyarakat. Kami masih berbaik adalah semata-mata demi Aleesya dan bukan untuk hidup bersama kembali (sebagai suami-isteri).

“Orang ramai tidak tahu kenapa kita berpisah, ia sudah tentu kerana ada sebab tertentu dan bukan suka-suka. Saya juga mahu mengajar dan menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya yang turut melalui perkara seperti ini untuk berbaik demi anak mereka”

“Alhamdulillah, ramai juga yang beri reaksi positif dan nampak apa yang cuba saya sampaikan daripada melihat ia sebagai berbaik untuk kembali sebagai suami isteri,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Erra, dia akan meneruskan perhubungan tersebut walaupun jika kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing suatu hari nanti. Namun dalam masa yang sama, Erra enggan mengulas lanjut mengenai lelaki yang dikaitkan bersamanya ketika ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.