Kiriman pada: Wed, Jan 13th, 2016

Esok 40 Tahun Pemergian Allahyarham Tun Razak, Nak Tahu Apa Anaknya Sudah Buat?

Kongsi maklumat ini
Tags

Esok bersamaan 14 Januari 2016 genap empat puluh tahun pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak. Pemimpin dengan gelaran ‘Bapa Pembangunan’ itu pergi bertemu Ilahi ketika masih menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 pada waktu itu.

Rakyat Malaysia sangat terkesan dengan pemergian pemimpin kesayangan mereka pada ketika itu. Golongan muda pula hanya tahu sejarah sahaja melalui penceritaan atau pembacaan mereka. Bagi mereka yang sudah bergelar atok-nenek dan pakcik-makcik ketika ini sendiri boleh merasai kesedihan pada waktu itu.

Pembangunan serta perpaduan rakyat adalah satu sumbangan hebat dibuat oleh Allahyarham Tun Razak. Landasan yang dibina pada era kepimpinan beliau diteruskan oleh pemimpin-pemimpin pengganti dan terbukti sehingga kini.

Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyambung landasan kepimpinan Tun Razak dengan cara beliau sendiri. Landasan tetap sama demi pembangunan serta perpaduan rakyat Malaysia. Cabaran barangkali berbeza mengikut peredaran zaman tetapi boleh dilihat dari kecekalan beliau.

Tembakan dari depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah oleh para pembenci beliau dihadapi dengan tenang. Akan tetapi beliau tetap tegas dalam membela nasib rakyat walaupun ada yang tidak sedar.

Barangkali ada rencah rahsia diberikan oleh Allahyarham kepada anak beliau itu untuk terus berdiri teguh demi kepentingan rakyat.

Untuk tahun yang mendatang ini, diharap rakyat lebih bijak dalam mengenal pemimpin. Jangan hanya mudah kenal dari cerita-cerita viral, paling tidak pun jangan pula cepat menghukum.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.