Kiriman pada: Wed, Jul 15th, 2015

Esok tarikh lihat anak bulan Syawal

Kongsi maklumat ini
Tags

imageKUALA LUMPUR: Petang esok, 16 Julai bersamaan 29 Ramadan 1436 Hijrah, adalah tarikh untuk melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan Aidilfitri. Majlis Raja-Raja setuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen. Mengikut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, anak bulan akan dilihat di beberapa tempat di seluruh negara. Tempat berkenaan ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; Balai Cerap, Sabak Bernam, Selangor.

Tempat lain adalah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Kedah; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; Menara Alor Setar, Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu, Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap Kusza, Mukim Merang, Setiu, Terengganu. Turut menjadi lokasi cerapan ialah Peraksi, di Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak dan Kota Baharu di Kelantan. Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil di Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan semuanya di Pahang; Tingkat 13 menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Kuala Sungai Batu, Simpang Empat di Perlis.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.