Kiriman pada: Wed, Jul 8th, 2015

Etika Berpakaian

Kongsi maklumat ini
Tags

gambar lucu banci 16Etika cara berpakaian ketika berurusan di jabatan kerajaan bukanlah sesuatu yang baharu. Ia sudah lama dilaksanakan. Justeru, apabila isu etika berpakaian menjadi kontroversi di media sosial, timbul rasa pelik kerana masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak mengetahui.

Apatah lagi notis etika berpakaian juga sudah sekian lama dipapar dengan jelas di premis kerajaan untuk diikuti oleh orang ramai yang mahu berurusan.

Masalahnya bila ada segelintir yang enggan mematuhinya dan tidak mengendahkan notis berkenaan. Maka muncul alasan yang pelbagai dan membuat kecoh untuk menarik perhatian orang ramai. Persoalannya, sukar sangatkah untuk berpakaian sopan dan kemas?.

Perkara etika berpakaian kemas tidak wajar di persoal atau dipolitikkan, Menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata sudah jelas tujuannya untuk memastikan warga negara ini bersopan, bermoral dan berdisiplin semasa berurusan di kaunter awam.

Malah kod etika berpakaian sedia ada bukan di tujukan untuk mana mana kaum, Tetapi terpakai kepada semua lantaran itu isu tersebut tidak seharusnya di perbesarkan untuk meraih publisiti atau mempunyai kepentingan tertentu.

Malah etika cara berpakaian juga adalah satu cara mendidik, Cara kita budaya kita. Berpakaian sopan juga adalah budaya kita yang telah di warisi sejak dahulu lagi. Jangan samakan Malaysia dengan negara lain.

Tatacara berpakaian di pejabat kerajaan selaras dengan rukun negara yang kelima ia itu Kesopanan Dan Kesusilaan. Apa tah lagi pakaian sopan dan penampilan kemas sesaorang ketika hendak melakukan apa sahaja urusan sudah pasti menyejukkan mata yang memandang.

Kontrovesi yang timbul menjadi tanda tanya sejauh mana sesaorang individu menghormati dan memahami kod etika berpakaian ketika melakukan sesuatu urusan rasmi, Jika pengunjung boleh mematuhi etika berpakaian di tempat hiburan berprestij mahupun restoran mewah, mengapa pula bila berurusan di pejabat kerajaan gagal berpakaian sopan.

Jestru adalah tidak wajar kerana hanya segelintir yang enggan mematuhi etika berpakaian itu mahu di ubah, Sedangkan di luar sana berjuta rakyat Malaysia tahu menghormatinya, Apa yang penting peringatan mengenainya berterusan kepada masyarakat.

Apa yang penting pendedahan melalui media cetak mahu pun media sosial perlu di pergiat. Mungkin setiap orang mempunyai desfinasi berbesa mengenai konsep berpakain sopan, Mungkin juga keliru untuk membezakan pakaian sesuai bagi urusan rasmi, Jestru ia perlu di perjelaskan.

Di samping itu kakitangan awam juga perlu didik supaya mempunyai ilmu perhubungan yang baik agar teguran yang di beri dapat di terima dengan hati terbuka dan positif oleh masyarakat.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.