Kiriman pada: Wed, Jul 30th, 2014

Fadillah Anjur Majlis Tahlil Untuk Mangsa Nahas MH370, MH17

Kongsi maklumat ini
Tags

Datuk-Fadillah-YusufKuching – Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof menganjurkan majlis tahlil bagi mendoakan kesejahteraan mangsa tragedi udara Malaysia Airlines yang dihadiri 8,000 orang.

Majlis itu diadakan di kediamannya, di Jalan Sultan Tengah, dekat sini sebelum mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.

Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya ketika ditemui pemberita berkata majlis sambutan hari raya tahun ini diadakan sedikit berbeza agar bersesuaian dengan situasi yang sedang dialami negara ketika ini.

“Majlis sambutan hari raya tahun ini saya gabungkan dengan majlis tahlil mendoakan kesejahteraan mangsa MH370 dan MH17.

“Selain itu majlis ini bertujuan untuk mendoakan agar Malaysia akan terus berada dalam keadaan aman, stabil, selamat dan dijauhi bencana termasuk keadaan kemarau yang sedang dialami ketika ini,” katanya.

Menurut Fadillah majlis tahlil itu diadakan dengan kerjasama madrasah dan kumpulan nasyid dari sekitar kawasan Parlimen beliau.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.