Kiriman pada: Thu, Dec 22nd, 2016

Faktor Cuaca Bukan Punca Nahas

Kongsi maklumat ini
Tags

Butterworth – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan faktor cuaca sebagai punca pesawat Beechcraft King Air 200T miliknya terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, petang tadi.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, berkata pesawat berusia lebih 20 tahun itu juga berada dalam keadaan baik ketika sesi penerbangan latihan itu dijalankan pada sebelah petang.

Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa khas penyiastan sudah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca nahas terbabit, sama ada daripada faktor teknikal mahupun kesilapan juruterbang.

“Jawatankuasa ini dianggotai lima ahli Lembaga Siasatan TUDM dan mereka akan memulakan siasatan mulai hari ini.

“Laporan penuh kejadian dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat.

“Punca kejadian ini akan disiasat secara teliti dan menyeluruh, selain tindakan sewajarnya akan diambil jika wujud masalah teknikal yang menjadi punca nahas,” katanya pada sidang media.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.