Kiriman pada: Sun, Jan 15th, 2017

Fatwa Baharu Mahathir Sahkan BR1M Berkesan Bantu Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

Apabila Mahathir menghalalkan BR1M apabila pembangkang memerintah negara memberi makna bahawa fatwa mengharamkan BR1M dibuat hanyalah kerana dendamnya kepada Dato’ Seri Najib yang lebih berjaya menjiwai hati naluri rakyat, berbeza dengan dirinya yang selama 22 tahun memerintah tidak pernah terfikir untuk melakukannya.

Jiwa Mahathir sebenarnya kosong didalam perancangan membangunkan rakyat kecuali sahabat dan kroninya sahaja seperti mana yang pernah di ungkapkan oleh beberapa pemimpin dan penyokong pembangkang sebelum ini yang kini terpaksa menerima Mahathir untuk menumpang keceluparan mulut Mahathir.

Kini terbukti tindakkan Mahathir mengharamkan BR1M adalah berasaskan kebenciannya terhadap kejayaan Dato’ Seri Najib membela dan membantu rakyat dan secara tidak sengaja telah mengesahkan bahawa BR1M adalah jalan terbaik untuk kerajaan berkongsi kekayaan dengan rakyat.

Mungkin kenyataan malam tadi adalah disebabkan dorongan majoriti rakyat yang menolak tomahan oleh Mahathir bahawa BR1M itu adalah haram dan berupa rasuah kerajaan kepada rakyat, menyedari akan kesilapan yang diungkap maka Mahathir terpaksa menghalalkan BR1M malam tadi.

Mahathir terpaksa mengakui bahawa tindakan kerajaan meluluskan BR1M benar-benar memberi faedah kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dan dapat bersama merasakan faedah kekayaan negara dari Mahathir yang sekadar membina KLCC hanya untuk bergambar sahaja.

Pembangkang terpaksa meniru apa yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional yang mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat demi kesejahteraan, kerana terbukti sahingga kini belum ada satu pun perancangan kerajaan Barisan Nasional yang telah dimansuhkan oleh kerajaan pembangkang terutama di negeri-negeri yang telah mereka ambil alih terutama bayaran Tol lebuh raya dan percuakaian GST.

Mahathir seharusnya merasa malu dihadapan pengikutnya yang hadir di majlis pelancaran parti bunga malam tadi yang dia menjadi pengerusi, kerana rata-rata diantara mereka yang hadir adalah penerima BR1M yang dihulurkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.