Kiriman pada: Sat, Dec 26th, 2015

Fauziah Gaus Buka Instagram Anak Sulung

Kongsi maklumat ini
Tags

6-Fouziah-Gous-Buka-Akaun-Instagram-Untuk-Kongsi-Perkembangan-Anak-ROTIKAYAMewujudkan akaun Instagram khas untuk anak-anak mereka bukan lagi perkara baru di kalangan selebriti di Malaysia malah Fouziah Gous yang baru saja menimang cahaya mata baru-baru ini turut membuka akaun baru laman sosial tersebut – dengan bertujuan untuk berkongsi pelbagai tips dan juga perkembangan anaknya.

“Tujuan akaun Instagram ini diwujudkan adalah untuk berkongsi tips kehamilan. Namun disebabkan sibuk dengan kerja, akaun ini tidak dikemas kini. Jadi saya aktifkan semula selepas selamat bersalin”

“Selain berkongsi perkembangan Zeeshan, akaun ini menjadi medium saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang beri hadiah. Kalau buat di akaun peribadi nanti berserabut pula sebab bercampur dengan perkara lain,” jelas pelakon ini.

Sementara itu, Fouziah menjelaskan ketika ini dia belum mempunyai perancangan untuk kembali berlakon. Apa yang lebih penting, bayi selamat dan Fouziah juga dapat berkongsi rasa gembira dengan orang lain.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.