Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

FELDA- Isu Bauksit Sesal Dahulu Pendapatan

Kongsi maklumat ini
Tags

isu bauksit di kuantan 9

Tidak semua peneroka FELDA gelab mata bila berdepan dengan tawaran lumayan apatah lagi jika tidak perlu untuk bekerja keras untuk mengerjakan kebun mereka.

Perkara sebegini sudah kerap kita dengar sejak berzaman, tetapi lama kelamaan kesedaran sudah mula berputik di hati peneroka FELDA walaupun masih ada segelintir yang gelab mata bila disogokkan dengan tawaran lumayan agar mengadai tanah terokaan mereka untuk dilakukan pelbagai projek.

Ini termasuk peneroka FELDA Bukit Goh, ada yang tergelab mata dengan tawaran lumayan yang ditawarkan bagi kerja-kerja perlombongan bijih bauksit. Tetapi akhirnya mereka sendiri yang menerima padah bila mana duit pajakkan tanah terokaan mereka sudah mula menyusut yang akhirnya memaksa mereka untuk bekerja sambilan kerana untuk melakukan kerja kebun sudah tidak ada lagi tanah kebun mereka kerana telah di pajakkan.

Ada juga peneroka yang tidak gelab mata yang akhirnya memberi contoh kepada peneroka yang lain bertapa tanah tumpah yang di anugerahkan itu perlu diusahakan sendiri dan bukannya dipajakkan untuk tujuan mencari keuntungan segera.

Di khabarkan ramai warga peneroka FELDA Bukit Goh menjadi jutawan segera apabila tanah-tanah anugerah mereka dipajakkan kepada pengusaha perlombongan bijih bauksit. Tetapi sayang kegembiraan mereka tidak kekal lama kera wang tawaran tidak dapat kekal lama di dalam poket yang mengalir laju sama lajunya ketika ditawarkan dahulu.

Namun kini ada dari kalangan mereka yang kini hidup merempat akibat dari kehabisan wang hasil pajakkan tanah mereka dahulu, malah ada yang terpaksa bekerja sebagai jaga bagi menampong kehidupan mereka seharian, untuk berkebun tanah ladang sawit pun dah habis gondol kerana perlombongan bauksit.

Inilah nasib peneroka yang tidak mahu mendengar nasihat atau mahu mendapatkan nasihat dari FELDA berhubung tawaran pajakan tanah terokaan mereka sebelum membuat keputusan untuk dipajakkan.

Kini isu bauksit menjadi isu hangat kerana penghasilan warna tanah merah yang menutupi pekan/bandar dan jalan-jalan di sekitar Kuantan, Pahang yang mencemarkan kehidupan penduduk sekitar, akibat daripada pelombongan bauksit yang tidak terkawal telah menyebabkan pencemaran udara, pencemaran air serta boleh mengundang kepada masalah kesihatan kepada masyarakat di sekitar.

Nampaknya tumpuan bukan sahaja kepada isu pencemaran tanah merah bekas perlombongan tetapi isu pemajakkan tanah oleh peneroka bagi tujuan perlombongan juga hangat diperkatakan.

Inilah jadinya jika kita mengkhianati amanah yang di beri semata-mata mahu mencari keuntungan atau ‘laba’ segera tanpa perlu bersusah payah.

Semoga isu pencemaran tanah merah ini akan menjadi pedoman dan pengajaran kepada pemilik tanah FELDA yang lainnya agar menjadikan sempadan dan panduan apabila mahu melakukan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi bila ditawarkan dengan wang ringgit yang berjuta.

Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi, belajarlah dari kesilapan lalu dan terkini.

isu bauksit di kuantan 4

isu bauksit di kuantan 9

isu bauksit di kuantan 3

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.