Kiriman pada: Fri, Jan 8th, 2016

FELDA-Lahirkan Usahawan Franchais Bugger King

Kongsi maklumat ini
Tags

image (1)FELDA kini berbanga apabila ada dari kalangan anak peneroka mereka berjaya menjalankan perniagaan yang bertaraf dunia, Apatah lagi menjalankan perniagaan franchais berjenama antarabangsa dan bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan boleh di buat sambil lewa.

Restoran ‘Buger King’ satu jenama besar di pasaran antarabangsa kini mampu di kendalikan oleh usahawan bumiputera yang pertama dari kalangan anak FELDA yang berasal dari Johor melalui syarikat AM Setia Restorant Sdn.Bhd.

Tindakan berani pemilik restoran dan pemilik hak franchais dari Burger King, Dato’ Md Azemi Haji Mahat membuka restoran ini wajar dipuji di ketika negara sedang mengalami krisis mata wang.

Menteri Besar Johor Dato’ Sri Hj Mohamed Khaled Nordin yang telah merasmikan restoran tersebut, menyifatkan pemilik restoran ini seorang yang berani menghadapi cabaran.

Beliau juga menyatakan bahawa industri perniagaan francais makanan segera seperti Burger King ini adalah medan terbaik untuk industri perniagaan makanan kerana francais seperti ini sudah mempunyai jenama yang kukuh dan mudah untuk mempromosikannya.

AM Setia Restaurant Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat dan di miliki sepenuhnya oleh usahawan bumiputera yang berasal dari Johor yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 17 April 2014.

AM Setia akan memancu dan mengawal selia operasi Restoran Keluarga Burger King yang beroperasi di Batu Pahat, Johor.

Semoga FELDA akan melahirkan ramai lagi usahawan francais dari kalangan anak-anak FELDA.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.