Kiriman pada: Sun, Jan 24th, 2016

FELDA – Sesal Yang Tidak Berkesudahan

Kongsi maklumat ini
Tags

Jika ada arahan yang di keluarkan dari pihak kerajaan sudah pasti akan ada terdengar suara-suara yang melahirkan ketidakpuasan hati mereka dengan keputusan atau arahan tersebut.

Bila ditimpa musibah mereka mula menyalahkan kerajaan dan merayu untuk masuk campor dan menangani masalah yang menimpa mereka, tetapi semasa mereka membuat akujanji perniagaan jarang mereka mendapatkan nasihat dari pihak kerajaan ataupun agensinya.

Ini yang berlaku apabila kerajaan mengarahkan semua aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri Pahang dihentikan buat sementara bagi membolehkan kerajaan merangka penyelesaian terhadap isu perlombongan bauksit yang melanda ketika ini.

Penangguhan yang bermula dari 15 Januari lalu telah mengundang kemarahan segelintir peneroka terutama peneroka dari FELDA Bukit Goh yang mana ladang mereka terlibat sepenuhnya dengan aktiviti perlombonan tersebut.

Mereka mendakwa tempoh yang diberikan sehingga 15 Januari sebagai tarik akhir untuk melakukan aktiviti perlombongan termasuk membawa keluar bahan tersebut dari kawasan penyimpanan adalah tidak mencukupi.

Soalnya disini bukanlah isu penangguhan tersebut yang mahu di utarakan, tetapi isu kebersihan dan kesihatan yang menjadi kerisauan dan keresahan rakyat bukan sahaja di sekitar FELDA Bukit Goh dan Bukit Kuantan malah seluruh penduduk bandar Kuantan dan pemilik kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Mereka mendakwa masa yang diberikan adalah terlalu singkat untuk mereka mengeluarkan semua bauksit dari kawasan penyimpanan.

Isu bauksit menjadi isu negara apabila rakyat terutama penduduk di sekitar Kuantan mula bercakap dan merungut keadaan permukaan muka bumi kampung mereka menjadi merah akibat kekotoran yang di bawa oleh kenderan lori yang membawa keluar bahan miniral itu.

Dimaklumkan para peneroka FELDA terutama dari Bukit Goh dan Bukit Kuantan di katakan telah memajak tanah ladang mereka untuk di teroka oleh pelombong bauksit dengan meraih pendapatan sekitar RM2000.00 sebulan.

Kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan sementara aktiviti perlombongan ini bagi menyelesaikan masalah pencemaran yang berpunca daripada aktiviti perlombongan tersebut.

Dengan pengantungan sementara aktiviti tersebut selama 3 bulan telah menyebabkan peneroka yang memajak tanah mereka akan kehilangan sumber pendapatan.

Peneroka seharusnya menerima arahan tersebut bagi membolehkan kerajaan untuk memikirkan cara yang terbaik bagi mengembalikan persekitaran yang baik seperti sediakala sebelum ianya di cemari oleh lumpur merah, jika tidak di hentikan adalah sukar untuk melaksanakan apa-apa perancangan pemulihan.

Tujuan pemberhentian sementara aktiviti perlombongan tersebut adalah bertujuan untuk memudahkan kerajaan bagi menyediakan satu kawasan khas menyimpan bahan tersebut yang sebelum ini di simpan di Pelabuhan Kuantan yang mengakibatkan berlakunya pencemaran di laut sekitar perlabuhan tersebut.

Bagi Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Abdul Samad pula beliau melahirkan rasa kesal berhubung dengan apa yang berlaku terhadap peneroka, kerana selama ini FELDA tidak pernah mengabaikan dan sentiasa menjaga kepentingan peneroka tetapi didalam isu penerokaan perlombongan bauksit FELDA tidak dapat membantu selain bergantung kepada hal perundangan.

Ini kerana tanah dan ladang adalah hak dan menjadi milik mereka dan mereka bebas memutuskan apa yang patut mereka lakukan, dan apa yang telah mereka lakukan adalah membuat perjanjian dengan pengusaha bauksit tanpa mendapatkan nasihat dari pejabat FELDA.

Untuk membantu peneroka dalam isu ini, FELDA perlu meneliti semua surat perjanjian yang ditandatangani oleh peneroka terbabit dengan pengusaha bauksit sebelum tindakan untuk membantu mereka dibuat, walaubagaimana pun belum tentu peneroka boleh berkebun semula kerana tanah kebun mereka telah pun rosak akibat perlombongan tersebut.

Apa yang berlaku kini amatlah mengecewakan FELDA yang diberi amanah untuk menjaga kepentingan peneroka tetapi apa yang berlaku di Bukit Goh dan Bukit Kuantan itu adalah diluar pengetahuan FELDA, kerana perjanjian tersebut adalah antara peneroka dan pelombong bauksit tanpa rujukkan kepada FELDA.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.