Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

FELDA – Tan Sri Isa Anggotai Felo Williom Pitt

Kongsi maklumat ini
Tags

samadAdalah menjadi satu kebanggaan apabila ketua atau Pengerusi sesuatu badan koperat diterima atau di lantik menjadi anggota kepada sesebuah badan yang bertaraf antarabangsa apatahlagi jika ianya berkaitan dengan pendidikan atau pun ekonomi.

Dua tahun lalu, Yayasan FELDA telah menandatangani satu perjanjian strategik bersama Kolej Pembroke dan menyertai Program Perkongsian Korporat mereka, melalui program ini kesemua pegawai kanan FELDA termasuk FELDA Global Ventures (FGVH) telah dan akan menkuti latihan

Melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Januari 2012, pegawai-pegawai kanan FELDA dan FELDA Global Ventures (FGVH) telah mengikuti latihan dan kursus pengkropatan di Kolej Pembroke.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kini telah dilantik menganggotai Felo William Pitt Kolej Pembroke, Universiti Cambridge, sebagai pengiktirafan hubungan baik di antara kumpulan FELDA, Kolej Pembroke dan Universiti Cambridge yang di bina selama ini.

Tan Sri Isa berkata, anugerah itu adalah merupakan satu penghormatan kepada kumpulan FELDA yang telah mengadakan kerjasama dengan Kolej Pembroke selama dua tahun sebelum ini.

William Pitt adalah bekas Perdana Menteri Britain yang termuda di sekitar tahun 1783 dan dilantik sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada tahun 1804 sebelum meninggal dunia pada 1806 juga merupakan bekas pelajar kolej tersebut.

Penerima anugerah ini merupakan mereka yang sangat dihormati dan disanjungi.

Tan Sri Isa memaklumkan bahawa Yayasan FELDA kini telah mengadakan usahasama dengan Universiti Cambridge dalam bidang nano karbon untuk mengeluarkan graphine.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda
  1. […] usahasama dengan Universiti Cambridge dalam bidang nano karbon untuk mengeluarkan graphine. – sumber Tan Sri Isa Samad sebelum ini dikritik hebat dengan kononnya cuba memusnahkan legasi tinggalan Tun […]

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.