Kiriman pada: Fri, Dec 18th, 2015

FGV Akan Bina Kemudahan Gudang, Logistik Di Tanjung Langsat

Kongsi maklumat ini
Tags

tanjungLangsatKuala Lumpur – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan membina kemudahan gudang dan logistik di Tanjung Langsat, Johor untuk meningkatkan keupayaan logistik bagi keseluruhan kumpulan itu.

Kemudahan tersebut akan dibina di atas tanah seluas empat hektar di kawasan dalam bon pelabuhan, dengan utiliti untuk penggunaan logistik serta penyambungan terus ke terminal pelabuhan.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata ia dijadual siap pada Mac 2017.

Sebuah anak syarikat baharu, FGV Logistics Sdn Bhd, telah ditubuhkan untuk mengurus dan mengendalikan kemudahan itu dengan kerjasama syarikat gudang tempatan bagi pasaran domestik dan antarabangsa, katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Sementara itu, Ketua Kluster Perdagangan, Pemasaran dan Logistik (TML) FGV, Datuk Khairil Anuar Aziz berkata berdasarkan kajian pasaran baru-baru ini, keperluan di selatan Johor semakin meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun lepas.

Beliau berkata permintaan adalah dari sektor minyak dan gas, kejuruteraan dan pembinaan, industri marin berat, PSA Singapore dan juga penyertaan penggiat dagangan komoditi dalam penghantaran fizikal.

“Pelaburan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kluster TML untuk menambah komponen rantaian bekalan logistiknya dalam jangka panjang bagi meningkatkan penguasaan pasaran dan pendapatan kumpulan,” kata Khairil Anuar.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.