Kiriman pada: Sun, Aug 2nd, 2015

FGV Bantu Indonesia Bangunkan Industri Sawit

Kongsi maklumat ini
Tags

kelapa-sawitPembangunan industri kelapa sawit Indonesia akan mendapat kepakaran Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) dan perbincangan mengenainya dengan kerajaan Indonesia sudah pun bermula Jumaat.

Di maklumkan perbincangan pertama itu lebih kepada perancangan menubuhkan sebuah pasukan bertindak untuk mengenal pasti tapak kawasan berkenaan dan membuat penilaian lanjutan, termasuk nilai pelaburan.

Malaysia menerusi FGV akan memberi sumbangan kepakaran dalam penyelidikan dan pembangunan serta akan menubuhkan syarikat usahasama dengan Rajawali Group di Indonesia untuk mewujudkan kawasan industri khusus itu.

Rajawali Group, syarikat usahasama Malaysia – Indonesia ini akan diberi tanggungjawab sebagai peneraju utama pelbagai aspek, termasuk pemasaran.

Di fahamkan pasukan bertindak sedang mengenal pasti beberapa kawasan untuk dijadikan kawasan pembangunan ekonomi khusus yang dijangka menjadi realiti dalam tempoh 18 bulan lagi dan ia adalah satu-satunya kawasan seperti itu di dunia.

Kerajaan Indonesia di katakan akan memilih satu daripada lima tempat yang berpotensi, iaitu di Balikpapan Kalimantan, Surabaya, Papua, Jayapura dan Dumai yang mempunyai infrastruktur seperti pelabuhan dan lapangan terbang.

Setelah projek itu siap kelak, Indonesia, menerusi gabungan kepakaran Malaysia akan muncul sebagai hab industri kelapa sawit terbesar di dunia dan penglibatan FGV adalah pengiktirafan kepada negara yang mempunyai kepakaran dalam industri hiliran kelapa sawit.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.