Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

FGV PERUNTUK 10% SAHAM UNTUK HARGAI KAKITANGAN YANG LAYAK

Kongsi maklumat ini
Tags

NEWSKuala Lumpur – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengumumkan Pelan Insentif Jangka Panjang (LTIP) untuk semua kakitangannya.

Melalui pelan ini, FGV akan membeli 10% saham biasa yang telah diterbitkan dalam tempoh 10 tahun untuk menghargai kakitangan yang layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Emir Mavani Abdullah menerusi satu kenyataan memaklumkan dalam menempuhi pasaran yang semakin kompetitif, pelan insentif jangka panjang ini akan membantu FGV mengekalkan kakitangannya.

LTIP bagaimanapun tidak akan memberi impak kepada pemegang saham semasa.

Ini kerana sahamnya akan dibeli melalui pasaran terbuka dalam tempoh 10 tahun dan pembelian dibuat menggunakan dana dalaman.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.