Kiriman pada: Mon, Jul 6th, 2015

FGV Yakin Raih Pulangan Dua Angka Daripada Pelaburan Di Vietnam

Kongsi maklumat ini
Tags

fgjfjKuala Lumpur – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yakin dapat meraih pulangan dua angka daripada pelaburannya dalam produk pengguna berasaskan minyak sawit di Vietnam.

Ketua bahagian kluster hiliran sawitnya, Datuk Zakaria Arshad berkata FGV membuat penerokaan ke satu daripada pasaran pengguna minyak sawit terbesar dengan pertumbuhan penduduk tinggi dan penggunaan minyak sayuran yang besar.

“Dengan bekerjasama bersama pemain-pemain utama industri yang telahpun mempunyai pelanggan, kami boleh bertapak kukuh di Vietnam,” katanya dalam satu temu bual.

FGV baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan peneraju industri konfeksi di Vietnam, Kinh Do Corporation dan penyedia penyelesaian serantau bagi logistik bersepadu, Indo Trans Logistics Corporation (ITL).

Perkongsian itu menumpukan kepada pengeluaran, penjualan, pemasaran dan pengedaran minyak khusus dan barangan pengguna berasaskan minyak sawit yang dibungkus bagi pasaran Vietnam.

Zakaria berkata kerjasama itu akan dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan, diakhiri dengan penubuhan syarikat usaha sama di mana kedua-dua Kinh Do dan FGV memegang 40 peratus pegangan setiap satu, manakala ITL dan syarikat-syarikat sekutu lain memegang baki pegangan selebihnya.

Kinh Do menguasai 80 peratus bahagian pasaran minyak masak di Vietnam menerusi 51 peratus pegangannya dalam Vietnam Vegetable Oils Industry Corporation (Vocarimex), pengeluar minyak masak utama.

Bagi memenuhi selera pengguna Vietnam, beliau berkata syarikat itu merancang membina kemudahan pengadunan dan pemprosesan bagi mengadun minyak sawit dengan minyak kacang tanah di negara tersebut, dengan minyak sawit mentah sebagai bahan mentah di bawa dari Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.