Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

Fiesta Usahawan MARDI Platform Pengkomersilan Produk

Kongsi maklumat ini
Tags

xgnyeSerdang – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menganjurkan Fiesta Usahawan MARDI dan Hari Bertemu Pelanggan bermula semalam sehingga Khamis bertempat di Perkarangan Kompleks MTBIC, ibu pejabat MARDI.

Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan mengumpul para usahawan bimbingan dan Agropreneur Muda MARDI bertujuan memberikan pendedahan lebih jelas bukan hanya kepada para usahawan, petani, penternak tetapi juga masyarakat mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh MARDI kepada golongan sasaran.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti khidmat nasihat mengenai maklumat, khidmat analisis, pembangunan, inovasi dan kualiti produk yang dikeluarkan.

“Program fiesta ini mengumpulkan usahawan-usahawan bimbingan MARDI untuk berkongsi ilmu serta kejayaan mereka dalam perusahaan masing-masing dan menjadi platform terbaik bagi mereka untuk mengkomersilkan hasil produk ke peringkat yang lebih baik,” kata Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr. Sharif Haron di sidang media selepas perasmian Fiesta Usahawan MARDI dan Hari Bertemu Pelanggan.

Selain itu, objektif fiesta dua hari ini juga membantu dalam perkongsian pengetahuan para usahawan ini dari segi sistem pengeluaran, susun atur mesin dan peralatan, pembungkusan dan pelabelan, pematuhan perundangan makanan dan pensijilan jaminan kualiti dan teknologi wajar kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana dalam bidang pertanian dan industri asas tani makanan dan bukan makanan.

Program fiesta ini sekaligus memberi peluang kepada usahawan untuk mendapatkan maklumat mengenai pembiayaan dan pensijilan jaminan kualiti serta mengeratkan hubungan antara masyarakat, kakitangan MARDI dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.