Kiriman pada: Wed, Jul 1st, 2015

Fitch tingkat prospek Malaysia kepada stabil

Kongsi maklumat ini
Tags

FITCH RATINGSKUALA LUMPUR: Fitch Ratings semakin berpuas hati dengan kemapanan fiskal dan kestabilan ekonomi negara apabila meningkat Unjuran Malaysia daripada ‘negatif’ kepada ‘stabil. Semakan unjuran itu dibuat antara lain berikutan kedudukan fiskal negara yang semakin baik, pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan; defisit yang dijangka terus menurun serta nisbah kecairan luar masih melebihi garis penengah dan dijangka meningkat dalam tempoh kajian. Firma penarafan global itu dalam kenyataannya awal pagi tadi bagaimanapun mengekalkan penarafan kegagalan penerbitan (IDR) mata wang asing dan mata wang tempatan jangka panjang masing-masing pada A- dan A.

“Kewangan fiskal Malaysia bertambah baik sejak setahun lalu dengan penurunan defisit kerajaan daripada 4.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.8 peratus pada 2014. Hutang kerajaan kepada KDNK juga menyusut daripada 54.7 peratus pada akhir 2013 kepada 53.9 peratus pada akhir 2014. “Fitch melihat perkembangan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan penyusunan semula subsidi bahan api sebagai menyokong kewangan fiskal. Defisit dijangka akan terus mengecil pada 2015, meskipun berlaku penurunan harga minyak mentah global,” kata kenyataan itu. Selain itu, Fitch juga menyifatkan negara menikmati kadar pertumbuhan KDNK yang menggalakkan. Kedudukan Malaysia, katanya, kekal disokong oleh pertumbuhan KDNK benar mantap dan kadar inflasi yang rendah. “Purata pertumbuhan KDNK benar Malaysia dalam tempoh lima tahun 2010-2014 adalah 5.8 peratus, berbanding dengan 3.1 peratus bagi penengah ‘A’ , manakala inflasi adalah 1.3 peratus berbanding 1.7 peratus bagi penengah ‘A’,” kata Fitch. Mengenai keperluan pembiayaan domestik negara, Fitch berkata, ia mampu disokong oleh pasaran modal Malaysia yang besar.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.