Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

Fitnah Terbaru Kepada Perdana Menteri

Kongsi maklumat ini
Tags

11714533_10153410059587365_18462695_n“Walaupun kepimpinan Perdana Menteri berjaya membawa ekonomi Malaysia mengharungi halangan global – seperti yang diiktiraf oleh Fitch pada minggu ini – wujud usaha oleh individu-individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi negara, mencemarkan nama baik kerajaan dan menyingkirkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

“Dakwaan terbaru, kononnya oleh seorang penyiasat yang tidak didedahkan identitinya sebagai asas untuk menyerang Perdana Menteri, adalah kesinambungan daripada sabotaj politik ini.

“Ia telah dilaporkan bahawa perbuatan jenayah pembocoran dan pemalsuan dokumen dan peras ugut telah dilakukan bagi mengelirukan media dan orang ramai.

Jadi adalah wajib bagi pengamal media yang bertanggungjawab untuk tidak menganggap dokumen-dokumen itu sebagai tulen melainkan jika disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Mengenai dakwaan itu sendiri, 1MDB telah menyatakan bahawa syarikat itu tidak pernah menyalurkan dana kepada Perdana Menteri. “

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.