Kiriman pada: Tue, Jul 7th, 2015

Fitnah Terhadap PM Agenda Tersembunyi Huru-harakan Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

1deresMelaka – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menyifatkan fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diatur secara terperinci oleh golongan tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghuru-harakan negara.

Beliau berkata tindakan golongan berkenaan juga jelas menunjukkan sikap busuk hati mereka terhadap imej dan kepimpinan Najib serta kemakmuran negara.

“Setiap perdana menteri sebelum ini pernah dilanda pelbagai fitnah tetapi beliau (Najib) dilanda fitnah bertubi-tubi dan perbuatan segelintir pihak ini cukup jijik kerana sentiasa iri hati dengan kestabilan politik, sosial dan kemakmuran ekonomi negara.

“Pihak ini adalah golongan tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai sifat seorang manusia sejati kerana melontar tuduhan tanpa berasas yang lebih dilihat sebagai busuk hati,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kerajaan Negeri Melaka.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap Najib termasuk laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa kira-kira US$700 juta (Rm2.6 bilion) dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri.

“Saya percaya Perdana Menteri seorang tabah dan bijak berdepan situasi berkenaan berdasarkan pengalaman politik yang dilaluinya selama ini dan saya juga berharap biarlah fitnah ini berhenti,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.