Kiriman pada: Thu, Aug 6th, 2015

‘Flaperon’ Yang Di Temui Sah Milik MH370

Kongsi maklumat ini
Tags

mh370Kuala Lumpur – Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan bahawa serpihan bangkai pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion, Lautan Hindi pada 29 Julai lalu disahkan milik pesawat berkenaan dan dengan ini sekali gus menjawab akan misteri kehilangan pesawat tersebut sejak 8 Mac lalu.

“Selepas 550 hari kehilangan pesawat MAS, dengan rendah hati dimaklumkan pasukan pakar antarabangsa telah mengesahkan serpihan yang ditemui itu milik MH370, kini kita ada bukti kukuh ia berakhir di Lautan Hindi.

“Bagi pihak Malaysia, terima kasih kepada semua yang membantu dalam operasi mencari selama ini dan kepada keluarga serta waris penumpang pesawat, pengesahan ini walaupun ia sesuatu yang tragis dan menyedihkan tetapi tentu dapat memberi kelegaan kepada mereka.

“Kerajaan Malaysia akan melakukan apa sahaja untuk mengetahui kebenaran dalam kehilangan MH370,” katanya pada sidang media khas yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Seorang pakar penerbangan Perancis, Xavier Tytleman tidak menolak serpihan itu mungkin milik pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

“Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan. Kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 – pesawat yang sama seperti MH370,” katanya.

Pada 29 Julai lalu, Seorang pekerja pembersih pantai di Pulau La Reunion yang menemui serpihan sayap yang di kenali sebagai ‘flaperon’ telah menghantar beberapa keping gambar kepada pihak berkuasa Perancis untuk siasatan.

Kapal terbang milik MAS dengan pendaftaran MH370 menjadi perhatian dunia apabila ianya didapati hilang dari imbasan radar ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang penumpang dan anak kapal.

Ianya turut melibatkan banyak negara yang turut membantu didalam pencarian mereka yang di ketuai oleh Australia dengan segala kepakaran dan peralatan canggih, Carian meliputi sahingga di Selatan Lautan Hindi.

Walaubagaimana pun pencarian tersebut tidak menemui sebarang petunjuk sahingga di temui di Pulau La Reunion beberapa hari yang lalu oleh orang awam dan ianya di sahkan sebagai serpihan bangkai pesawat MH370.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.