Kiriman pada: Sun, Feb 12th, 2017

Flying Dayak Bantu Kempen BN

Kongsi maklumat ini
Tags

Lundu – Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek, muncul di Lundu hari ini bagi membantu jentera kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

Sebelum itu, Watson, 41, bersama isterinya Felizia Michael, 33, menziarahi calon BN, Puan Sri Jamilah Anu di kediaman bekas Ketua Menteri di Santubong, pagi tadi.

Bekas pelari itu kemudian menyertai Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdullah Saidol, mengadakan tinjauan mesra di sekitar pekan Lundu.

Difahamkan, Watson akan menyertai kempen BN terutama di kawasan majoriti pengundi Iban.

Watson memandu lebih 1,000 kilometer dari Miri ke Lundu untuk membantu kempen BN yang disifatkannya sebagai cara membalas budi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang banyak membantunya ketika ditimpa masalah, tahun lalu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.