Kiriman pada: Sun, Mar 15th, 2015

Fokus Kepada Kekuatan Ekonomi, Bukannya Pada Kelemahan

Kongsi maklumat ini
Tags

1 ZETTYKuala Lumpur – Sekiranya gabenor bank pusat yakin terhadap ekonomi negara kita, mengapa tidak kita?

Lagipun, beliau telah menyediakan fakta dan angka lebih daripada mencukupi yang membuktikan bahawa asas ekonomi kita adalah kukuh.

Oleh itu, tumpuan tidak seharusnya sentiasa kepada ketidakpastian dan kelemahan, tetapi juga kepada kekuatan dan kepastian.

Bagi Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bank pusat sentiasa peka dan pantas untuk memastikan sistem kewangan berkeadaan kukuh untuk bertindak balas kepada masalah dan cabaran.

Semasa taklimat bersama para editor baru-baru ini sebelum pengeluaran Laporan Tahunan 2014 Bank Negara Malaysia, beliau menekankan kepada perlunya untuk memberi tumpuan kepada kekuatan dan kepastian.

Dengan kata lain, ekonomi berada di landasan pertumbuhan kukuh dengan kadar pengangguran rendah di bawah tiga peratus, paras rizab tinggi, sistem perbankan utuh dan kadar tabungan nasional yang tinggi.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.6 dan 5.5 peratus tahun ini selepas meningkat enam peratus pada 2014 dan 4.7 peratus pada 2013.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.