Kiriman pada: Mon, Feb 6th, 2017

Fokus Kepada Rakyat Bukan Protokol

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengulangi pendiriannya agar semua pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pegawai kanan kerajaan memberi fokus utama kepada interaksi antara rakyat dengan pemimpin, bukan protokol yang mengekang hubungan dengan masyarakat.

Perdana Menteri berkata, kalau boleh protokol perlu dielakkan, kecuali program bersama tetamu dari luar negara yang memerlukan sambutan rasmi untuk menghormati mereka.

“Baru-baru ini di Kuala Selangor, saya amat gembira apabila melihat tiada karpet merah dan bunga manggar digunakan, sebaliknya saya disambut mesra oleh penduduk tempatan, seperti mana yang saya mahukan dan pernah saya luahkan tidak lama dahulu.

Tahniah kepada penganjur. “Bagi saya, semua perhiasan ini tidak penting dan hanya menjarakkan saya dengan rakyat, seolah-olah ada protokol dan saya sukar didekati.

Kurangkanlah semua ini kerana saya lihat ia sebagai satu pembaziran.

“Saya harap pendekatan sebegini dapat diteruskan dalam semua program akan datang yang membabitkan saya atau pemimpin lain,” katanya dalam kiriman terbaharu di akaun Facebook beliau, sebentar tadi.

Pada 10 Februari 2016 Najib menegaskan fokus utama setiap kehadirannya merasmikan majlis serta lawatan kerja seluruh negara adalah untuk rakyat dan bukannya protokol.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.