Kiriman pada: Fri, Feb 10th, 2017

Fokus Kerja, Jangan Spekulasi Bila PRU14

Kongsi maklumat ini
Tags

Kluang – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, tidak mahu tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dijadikan spekulasi, sebaliknya mengingatkan jentera untuk terus fokus pada kerja.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan, mengingatkan semua pemimpin di peringkat bahagian termasuk parti komponen untuk menjaga kawasan masing-masing selain melihat semula janji yang pernah dibuat sebelum ini terhadap pengundi.

“Itu (PRU) bukan hak saya untuk perkatakan, ia bergantung kepada pucuk pimpinan tetapi sebagai Naib Presiden dan Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN), saya bagi tahu semua jangan fikir bila”.

“Apa yang penting semua jaga kawasan masing-masing termasuk diri saya sendiri, turun ke semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) cawangan dan dapatkan laporan secara menyeluruh janji yang belum ditunaikan kepada pengundi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Sembrong di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6, Taman Sri Lambak di sini, hari ini.

Hishammuddin turut mengingatkan semua untuk memastikan isu setempat dapat diselesaikan selain mendekati dan menghayati aspirasi pengundi baharu dan anak muda di kawasan masing-masing.

“Jadi, daripada kita buat spekulasi bila pilihan raya, lebih baik kita buat kerja dahulu,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.