Kiriman pada: Tue, Nov 3rd, 2015

Ganjaran umrah jika SPM cemerlang

Kongsi maklumat ini
Tags

3nov-razif.transformedKUALA NERUS: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang memperoleh keputusan cemerlang akan menerima insentif menunaikan umrah. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata insentif menunaikan umrah itu adalah sumbangan peribadi beliau untuk calon peperiksaan SPM yang berasal dari kawasan DUN Seberang Takir. Katanya, insentif khas itu disediakan sebagai galakan kepada calon di Seberang Takir memperoleh keputusan cemerlang dan dinobatkan sebagai calon terbaik peringkat negeri. “Insentif menunaikan umrah itu adalah hadiah peribadi saya untuk calon yang dilahirkan dan menetap di DUN Seberang Takir,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan calon peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, di sini, hari ini. Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata, tahun ini seramai 21,235 calon menduduki peperiksaan SPM di 177 pusat termasuk dua di penjara Marang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.