Kiriman pada: Mon, Jul 27th, 2015

Gantung permit The Edge tak cemar imej negara

Kongsi maklumat ini
Tags

nazri-aziz-persidangan-PRU-13-01KUALA KANGSAR – Tindakan menggantung permit penerbitan ‘The Edge Weekly’ dan ‘The Edge Financial Daily’ selama tiga bulan tidak akan mencemarkan imej negara, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, setiap negara mempunyai undang-undang mereka sendiri yang menghalang sebarang syarikat penerbitan mengeluarkan berita atau laporan palsu.

“Tindakan kerajaan menggantung permit syarikat The Edge juga tidak mengejutkan dunia kerana biarpun negara menyokong kebebasan media tetapi ia tidak bermakna media bebas untuk membuat laporan tidak betul.

“Mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana apa-apa yang mereka tulis dan terbitkan di dalam surat khabar, pembaca akan menganggap ia adalah satu
kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Riang Ria Aidilfitri di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar.

Mohamed Nazri mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat yang menggantung permit penerbitan akhbar ‘The Edge Weekly’ dan ‘The Edge Financial Daily’ selama tiga bulan, mulai esok.

Beliau berkata, sekiranya terdapat maklumat tidak betul dan palsu terutama untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik, maka tindakan di bawah kanun jenayah boleh diambil.

Mengulas isu panggung wayang di Seri Iskandar dekat sini yang menetapkan syarat pasangan yang mahu menonton wayang dan duduk di kerusi berkembar agarmenunjukkan sijil nikah, Mohamed Nazri berkata perkara berkenaan perlu diteliti semula.

“Saya rasa syarat itu tidak wajar kerana aktiviti menonton wayang bukan menjadi penyebab utama dalam aktiviti tidak bermoral dalam negara.

“Perkara ini perlu dibincangkan secara menyeluruh supaya ada penyusunan yang standard di setiap pawagam di seluruh negara,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.