Kiriman pada: Wed, Jan 13th, 2016

Gaya Hidup, Merokok Serta Seks Bebas Penyebab Usus Pecah Bukan Lapar

Kongsi maklumat ini
Tags

bbsKisah pelajar yang dikatakan pecah usus kini cuba dipolitikkan secara berleluasa oleh media pembangkang. Namun menurut seorang doktor yang bertauliah, gastric ulcer tiada kena mengena dengan kos sara hidup yang tinggi hingga kelaparan. Ianya disebab oleh lifestyle atau gaya hidup yang mewah.

Menurut statistik, 95% punca gastric ulcer/duodenal ulcer adalah disebabkan oleh jangkitan H. Pylori. Bagaimana H. Pylori ini boleh dijangkiti? Salah satu cara jangkitannya adalah melalui ciuman / kongsi makanan.

Selain daripada itu merokok juga antara sebab utama yang menyebabkan gastric/duodenal ulcer. Persoalannya sekarang, adakah pelajar itu merokok?

Sebenarnya, tiada “clear evidence” (pembuktian yg sahih = dhaif) mengatakan bahawa berlapar boleh menyebabkan Gastric Ulcer / duodenal Ulcer. Ada “very strong evidence” mengatakan “Overeating” (terlebih makan) menyebabkan gastric ulcer/duodenal ulcer. Jika berlapar boleh menyebabkan pecah usus, agama tak perintahkan anda berpuasa sebulan.

Viral dimedia pembangkang, berita kononnya akibat keadaan kewangan yang terlalu mendesak dan perlu berjimat, seorang pelajar Sarjana Muda Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpaksa menahan lapar sehingga menyebabkan usunya tercedera.

Pelajar perempuan berkenaan yang berasal dari Sabah tersebut berkata, masalah kesempitan wang yang membelenggunya bukannya hanya pada peringkat ijazah tetapi sejak di peringkat asasi lagi.

Menurut Nur, wang saku baki hasil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM3,000 bagi satu semester kini hanya tinggal RM150 di mana dia telah melangsaikan hutang kawannya berjumlah RM1000 yang dipinjam semasa persiapan memasuki Universiti selain habis digunakan untuk membayar yuran.

Tegas Nur, beliau tidak sanggup untuk meminta wang daripada ibunya yang tinggal di Sandakan di mana menurutnya ibunya itu hanya mengambil upah menjahit, malah ayahnya yang dahulunya nelayan kini tidak bekerja kerana tangan dan kaki tidak boleh bergerak.

Selain kes Nur, seorang pelajar Sarjana Muda Komunikasi Media pula berkata, beliau kerap tidak datang ke kelas kerana mengalami gastrik selepas mengikat perut.

Pelajar yang namanya tidak didedahkan berumur 20 tahun terpaksa berjimat RM30 seminggu untuk perbelanjaannya makan minum termasuk pembelian buku nota dan barang keperluan lain.

Dari cerita pelajar tersebut, kesahihan mereka amatlah diragui terutama bahagian RM1000 digunakan untuk melangsaikan hutang kawannya. Selain daripada itu juga lapar bukan punca pecah usus. Ianya disebabkan oleh gaya hidup mewah, merokok dan seks bebas.

Selain daripada itu juga, jika pelajar ini benar-benar kesempitan duit, mereka boleh melakukan kerja “part-time” untuk menampung perbelanjaan mereka.

Pihak yang bertanggungjawab perlu menyiasat latarbelakang dan gaya hidup pelajar ini bagi memastikan agar rakyat Malaysia tidak ditipu sekali lagi seperti Amirah budak berumur 14tahun yang menipu dirinya diculik. Nur, agenda anda jelas ada udang disebalik batu.

 

WakeUp Malaya

PRU14.TV

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.