Kiriman pada: Wed, Mar 18th, 2015

Gempa Bumi Kuat Di Utara Laut Maluku

Kongsi maklumat ini
Tags

gempamalukuKuala Lumpur – Gempa bumi kuat berlaku di utara Laut Maluku awal pagi tadi, kira-kira 123 km di tenggara Bitung, Indonesia dan 926 km tenggara Semporna, Sabah.

Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku pada pukul 6.12 pagi berpusat pada latitud 1.48 darjah utara dan longitud 126.3 darjah timur, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya.

Jabatan itu akan terus memantau rapi keadaan itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.