Kiriman pada: Thu, Dec 10th, 2015

‘Gempak Keluarga Felda’ Berkonsepkan Santai Rohani

Kongsi maklumat ini
Tags

pelancaran-gempak-keluarga-feldaSelain aktiviti perkilangan, industri ladang sawit serta pelaburan hartanah, FELDA juga tidak mengabaikan pelaburan insaniah melalui pembangunan modal insan selain pembangunan kemahiran pekerjaan (employment skills) yang tinggi agar modal insan yang dihasilkan dapat turut bersaing dalam perubahan ekonomi dunia dan era globalisasi.

FELDA juga turut menyemarakkan program kekeluargaan, Program yang di beri nama ‘Gempak kekeluargaan FELDA’ adalah anjuran bersama Felda Global Ventures Holdings, Yayasan Felda dan Astro Malaysia Holdings yang telah pun di rasmikan pada Jun lalu dan ianya telah mula diadakan bermula Ogos 2015.

Program jelajah ‘Gempak Keluarga FELDA’ ini mensasarkan kumpulan pelanggan yang terdiri dari komuniti FELDA di Wilayah terlibat dan penduduk yang berada di sekitarnya.

Program yang berkonsepkan santai rohani, ‘Gempak Keluarga FELDA’ menampilkan sedikit kelainan apabila menjadikan program-program berbentuk islamiah dan kerohanian sebagai asas utama program jelajah ini. Pelbagai aktiviti berkonsepkan kekeluargaan akan disajikan kepada para pengunjung yang hadir ke ‘Gempak Keluarga FELDA’ ini.

Selain itu program ini bakal membawa dan mengetengahkan para usahawan generasi FELDA serta memperkenalkan produk-produk mereka ke khalayak ramai dengan lokasi berdekatan bandar-bandar utama.

Sehingga kini, terdapat lebih 30,000 usahawan generasi FELDA yang terlibat dalam perlbagai sektor seperti perusahaan, perniagaan, perdagangan, tanaman, akuakultur, kraf dan juga ternakan.

Diharapkan program jelajah ‘Gempak Keluarga FELDA’ ini akan dapat membantu FGV dan Kumpulan FELDA untuk mendekati serta beramah mesra dengan orang ramai khususnya golongan peneroka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.