Kiriman pada: Wed, Mar 18th, 2015

Gempar Ferrari Zizan Remuk Teruk

Kongsi maklumat ini
Tags

ferrariJika benar berita yang kami dapat melalui sumber ini, nampaknya besar sungguh dugaan Zizan Razak ketika ini, sudahlah baru sahaja putus cinta, kini khabarnya Ferrari miliknya pula terlibat di dalam kemalangan di Putrajaya.

Kami sudah mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa trafik Putrajaya berhubung kesahihan perkara tersebut namun sehingga kini, belum ada laporan yang dibuat oleh pihak yang terlibat di dalam kemalangan.
Kali terakhir status mengenai kereta Ferrari milik Zizan itu dikemaskini adalah melalui instagram milik pengarah, Ghaz Abu Bakar dengan berlatar belakang Putrajaya, semalam. Sementara itu, usaha kami untuk mendapatkan Zizan melalui pengurusnya juga gagal kerana panggilan tidak dijawab.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.