Kiriman pada: Tue, Jan 26th, 2016

Geng Negro tumpas

Kongsi maklumat ini
Tags

26jan-mchandra.transformedKOTA KINABALU: Polis melumpuhkan ‘Geng Negro yang dipercayai terbabit dalam 11 kes jenayah dengan tertangkapnya dua suspek utama kumpulan terbabit sekitar bandar raya ini, baru-baru ini. Antara kes didalangi kumpulan itu termasuk melarikan kenderaan dinaiki dua kanak-kanak di Jalan Gaya pada 15 Januari lalu dan ragut terhadap seorang wanita di parkir berhampiran Bank CIMB di Jalan Gaya pada 20 Januari lalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata dua suspek lelaki warga Filipina berusia 18 dan 20 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di Masjid Negeri dan Sinsuran, di sini, pada Sabtu lalu. “Dua suspek ini dipercayai sangat aktif melakukan jenayah, malah melakukannya hampir setiap hari bermula 10 hingga 20 Januari lalu. “Suspek pertama berusia 22 tahun memiliki rekod jenayah pada tahun 2009 dan sudah menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, manakala suspek kedua pernah ditahan mengikut Akta Imigresen,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Chandra berkata, antara kes lain dipercayai dilakukan kumpulan itu ialah kes curi kenderaan di Inanam dan Pelabuhan Kota Kinabalu; ragut di Kingfisher, Center Point serta Lido, samun bersenjata di Taman Seri Manis dan beberapa kes lagi. “Polis juga masih giat mengesan seorang lagi suspek lelaki dipercayai ahli kumpulan ‘Geng Negro’ ini,” katanya sambil menambah dua suspek yang ditahan terbabit turut didapati positif dadah. Chandra berkata, dua suspek itu direman selama enam hari bermula dari tarikh mereka ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397, 393, 379, 379A, 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. “Dengan tertangkapnya dua suspek ini, polis percaya dapat menyelesaikan 11 kes jenayah sejak 10 hingga 20 Januari lalu,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.