Kiriman pada: Mon, Dec 26th, 2016

George Michael Meninggal Dunia

Kongsi maklumat ini
Tags

London – Penyanyi pop British, George Michael yang terkenal bersama kumpulan Wham! pada 1980-an sebelum beralih menjadi artis solo, meninggal dunia hari ini di kediamannya di England.

Beliau berusia 53 tahun. “Dengan penuh dukacita kami mengesahkan bahawa George, seorang anak lelaki, abang dan sahabat meninggal dunia di rumah ketika sambutan Krismas,” kata jurucakap beliau dalam satu kenyataan.

“Keluarga meminta agar orang ramai menghormati permintaan mereka untuk tidak diganggu ketika melalui detik sukar dan penuh emosi ini. Setakat ini pihak kami tidak dapat mengulas lanjut,” kata kenyataan itu.

Penyanyi lagu Careless Whisper dengan nama sebenar Georgios Kyriacos Panayiotou, pernah bermain muzik di sistem kereta api bawah tanah London sebelum membentuk Wham! bersama Andrew Ridgeley pada tahun 1981.

Beliau meninggal dunia di rumahnya di Oxfordshire, England, pada Hari Krismas. – Reuters

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.