Kiriman pada: Tue, Aug 11th, 2015

‘Gerakan Harapan Baru Jurucakap DAP’ – PAS Selangor

Kongsi maklumat ini
Tags

pas+dap=ghbKuala Lumpur – PAS Selangor hari ini mengalu-alukan tindakan beberapa ahli jawatankuasa sayap pemuda parti itu yang mengisytiharkan untuk meletak jawatan.

Menurut Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, tindakan tersebut dilihatnya sebagai wajar dan ‘lebih berani’ berbanding beberapa pemimpin parti Islam itu yang lantang bersama Gerakan Harapan Baru (GHB), tetapi masih tidak melepaskan jawatan mereka.

“Susulan pengistiharan meletak jawatan beberapa jawatankuasa pemuda PAS Shah Alam, PAS Selangor menghormati pendirian mereka kerana perlembagaan parti membenarkan mereka berbuat demikian.

“Itu hak mereka, kita tahu arah tuju mereka. Dengan sebab itu kita ucapkan syabas. Itu lebih baik dan lebih berani berbanding mereka yang lantang bersama GHB tetapi masih bersembunyi di sebalik jawatan Pas,” ujar Khairuddin.

Sehubungan dengan itu jelas beliau, PAS negeri akan meminta Dewan Pemuda PAS Selangor untuk mengisi segera kekosongan yang ditinggalkan.

“Tindakan itu tidak akan menjejaskan pentadbiran PAS Selangor dan kita bersedia mengisi kekosongan mereka dan pentadbiran parti di semua peringkat tidak terjejas,” katanya.

Selain itu beliau turut menasihatkan para penyokong PAS supaya terus beristiqamah bersama parti itu memandangkan GHB tegasnya, tidak ubah seperti jurucakap kepada parti DAP.

Sementara nasib dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang mengisytiharkan sokongan kepada GHB jelasnya diserahkan kepada PAS Pusat untuk ditentukan.

“PAS Selangor mengesahkan hanya dua ADUN PAS di Selangor yang telah mengistiharkan diri bersama GHB, dan kita menyerahkan nasib mereka kepada Pas Pusat.

“Kesemua 13 ADUN PAS (yang lain) telah menyatakan taat setia kepada PAS dan kepimpinan PAS yang ada. Nasihat kita kepada ahli PAS adalah, agar terus beristiqamah bersama PAS yang telah menjadi parti islam terbesar di Malaysia.

“Apalagi kini GHB lebih dilihat sebagai jurucakap kepada DAP,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.