Kiriman pada: Mon, Apr 20th, 2015

GERAKAN sasar 30 peratus pengundi Cina Permatang Pauh

Kongsi maklumat ini
Tags

NEWSBUKIT MERTAJAM: GERAKAN Pulau Pinang yakin dapat meraih sokongan 30 peratus daripada 16,000 pengundi Cina di Permatang Pauh pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen itu, 7 Mei ini. Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, berkata keyakinan itu dizahirkan berdasarkan gerak kerja parti mendekati pengundi Cina di kawasan Permatang Pauh. “Walaupun jumlah 30 peratus itu agak tinggi kerana kita sedar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu kebanyakan saluran peti undi yang majoriti adalah pengundi Cina tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun ia tidak mustahil untuk direalisasikan.

“Di Permatang Pauh, GERAKAN mempunyai kira-kira 1,732 ahli yang boleh mengundi dan kita akan pastikan semua ahli kita termasuk yang tinggal di luar akan balik untuk mengundi pada 7 Mei nanti,” katanya pada sidang media di sini petang tadi. Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Parti GERAKAN Bahagian Permatang Pauh di Pekan Sama Gagah di sini, hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.