Kiriman pada: Wed, Aug 12th, 2015

GHB Hanya Disertai Mereka Yang Kecewa

Kongsi maklumat ini
Tags

pasmelakaPAS Melaka tidak terkesan langsung dengan pengisytiharan bekas Ketua Pemuda PAS Melaka yang membuat pengumuman keluar parti PAS oleh Jauhar Mohd Dawi dan menyertai Gerakan Harapan Baru.

Menurut Kamarudin Sidek, Pesuruhjaya PAS Melaka, Jauhar Mohd Dawi bukanlah nama besar dalam PAS Melaka dan tidak dikenali ramai ahli bahkan hanya menjadi Ketua Pemuda PAS Melaka pada tahun 2013 dan kalah mempertahankan jawatan dalam pemilihan PAS yang lepas. Dia menyertai PAS pada tahun 2010 dan terlalu ghairah mengejar pangkat dan jawatan dalam parti. Sewaktu memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Melaka tiada sebarang aktiviti dan program yang dijalankan kecuali demonstrasi jalanan serta dilihat sibuk mengikuti beberapa pemimpin PKR dan DAP. Ramai anak muda menyampah dengan perangai dan sikap “gila jawatan dan kaki projek”.

PAS Melaka amat mengalu-alukan Jauhar dan yang sewaktu dengannya untuk segera keluar daripada PAS kerana mereka ini hanya akan merosakkan PAS jika terus berada dalam jemaah. Seeloknya mereka ini terus menjadi ahli DAP kerana corak pemikiran mereka yang mudah terpedaya dengan janji-janji manis pemimpin DAP hingga sanggup menggadaikan perjuangan parti.

PAS Melaka tiada masalah dan tidak gentar dengan Jauhar Mohd Dawi yang telah dilantik sebagai Timbalan Koordinator Gerakan Harapan Baru Melaka kerana mereka ini tiada kekuatan jentera bahkan hanya disertai oleh mereka yang kecewa kalah dalam pemilihan PAS yang lepas.

Kebanyakan ahli PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru adalah mereka yang kalah merebut jawatan dan mendapat maklumat yang salah serta tiada pengalaman dalam gerak kerja parti. Apa yang jelas mereka adalah golongan yang mengejar jawatan, wang ringgit dan projek.

Gerakan Harapan Baru tidak akan panjang jangka hayatnya kerana asas penubuhannya jelas hanya disertai golongan manusia kecewa sbg parti utk menyaingi PAS dalam Pakatan Rakyat dan hanya menjadi kuda tunggangan kepada DAP.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.