Kiriman pada: Sun, Aug 2nd, 2015

Gilap Semula Kegemilangan Melaka Dengan Nilai Sejarahnya

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKMelaka – Kegemilangan negeri Melaka boleh digilap semula dengan cara menggunakan nilai sejarah yang dimilikinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ia adalah kerana Melaka yang mempunyai sejarah peradaban lebih 600 tahun mencapai kemuncak pada abad ke 15 hingga 16 dan mempunyai hubungan baik dengan negara besar dan paling utama, China.

“Kalau kita pergi ke China, selain daripada Kuala Lumpur mereka akan sebut negeri Melaka sebab itulah bila Ketua Menteri Melaka mencadangkan mewujudkan hubungan dengan Guangdong kabinet telah beri kelulusan khas.

Dalam masa terdekat ini perjanjian persefahaman antara Melaka dan Guangdong akan ditandatangani,” katanya ketika berucap pada Majlis Solidariti Aidilfitri Bersama Perdana Menteri di Dataran 1Malaysia, Klebang.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron bersama kira-kira 50,000 hadirin.

Sehubungan itu, Datuk Seri Najib berkata kerajaan telah meluluskan projek untuk memanjangkan landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam bagi membolehkan lapangan terbang itu mengendalikan lebih banyak penerbangan antarabangsa terutamanya dari China.

“Saya ingin melihat lebih banyak kapal terbang terutama dari China dan Guangdong beroperasi di lapangan terbang tersebut,” katanya.

Beliau berkata dalam memajukan lagi negeri ini, Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan dengan sebaiknya permohonan kerajaan negeri Melaka untuk membina lebuh raya persisir pantai bernilai RM1.1 bilion.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.