Kiriman pada: Sat, Aug 8th, 2015

GLC Wajar Diberi Pengiktirafan Untuk Sumbangan Mereka Kepada Ekonomi Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI ABDUL WAHID OMARKuala Lumpur – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah program Transformasi GLC (GLCT) wajar diberi pengiktirafan untuk sumbangan mereka kepada ekonomi negara dalam tempoh sedekad lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, melalui program itu GLC telah muncul lebih kukuh dalam tiga objektif utama, iaitu prestasi, tadbir urus serta pembinaan negara yang lebih baik.

“Ukuran sebenar kejayaan itu ialah pewujudan juara seperti Maybank, CIMB, Sime Darby dan Axiata, yang dikenali bukan sahaja dari segi saiz dan kepemimpinan di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau ini.

“Saya berpendapat, syarikat milik keluarga perlu mengguna pakai prinsip transformasi GLC,” katanya kepada pemberita selepas Forum 1 Hari Terbuka GLC, “Kisah Transformasi GLC”.

Pada forum berkenaan, Rakan Kongsi Kanan McKinsey & Company, Diaan-Yi Lin berkata, banyak negara di dunia berasa cemburu kerana Malaysia mampu menghasilkan program seperti GLCT.

“Kami menerima panggilan dari India, Asia Barat, Eropah Timur dan Amerika Latin untuk cuba memahami apa yang dilakukan Malaysia dan mampu mengekalkannya melalui pertukaran perdana menteri, menteri kewangan, pertukaran kabinet, lembaga pengarah syarikat serta krisis kewangan global,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.